Tuesday, July 1, 2008

Cinta Si Tua dan Si Muda

Saniah adalah seorang ibu tunggal yang telah menjangkau usia 50 tahun dan mempunyai tiga orang anak yang semuanya sudah berumahtangga. Walaupun sudah berumur setengah abad, Saniah amat menitikberatkan soal penampilan diri agar sentiasa kelihatan anggun dan mempesonakan. Bukannya apa, dulu sebelum bercerai, bekas suaminya sering mengutuk Saniah. Kononnya Saniah ni tak pandai berfesyen lah, macam orang kampung lah dan macam-macam lagi kutukan demi kutukan. Memanglah jiwanya ketika itu amat tertekan, namun Saniah menanam semangat untuk 'pasang badan' suatu hari nanti. Mula lah dia bersenam, diet dan membaca majalah-majalah untuk mencari tip-tip kecantikan. Hari demi hari, perubahan dirinya mulai semakin ketara. Dia sudah mula berani untuk berpakaian seksi, walaupun hanya untuk ke warung Pak Abu yang terletak di pinggir jalan dekat rumahnya.

"Amboi awak Saniah, semakin hari semakin gebu, ada apa-apa ke?" tegur Pak Abu suatu pagi.

"Pak Abu suka tak?" Saniah bertanya manja sambil mata melirik pada Azlan, anak bujang Pak Abu yang sedang menebar roti canai. Pak Abu cuma geleng kepala aje.

Setiap pagi Saniah akan ke warung Pak Abu setelah Leman (bekas suaminya) keluar bekerja. Leman pun turut perasan akan perubahan Saniah, tapi hatinya dah terpaut pada Milah, janda muda yang bekerja di pejabatnya. Saniah sebenarnya sudah ada agenda lain di dalam hatinya sejak dah pandai melawa. Selain nak tunjukkan pada Leman yang dia mampu memperbaiki dirinya, dia dah mula tertarik hati pulak dengan Azlan, jejaka berusia 24 tahun yang berbadan sasa. Dalam hatinya berkata, kalau Leman boleh buat, dia pun boleh.

Episod pikat memikat pun bermula. Suatu hari, Saniah telah mengundang Azlan untuk makan tengahari di rumahnya. Azlan menolak namun atas desakan demi desakan, akhirnya Azan menurut juga kehendak Saniah. Selepas makan, Saniah mengajak Azlan untuk ke bilik, kononnya nak suruh tukar bulb lampu. Masuk aje budak tu ke dalam bilik, dipeluknya si Azlan dari belakang dan Saniah meramas-ramas dada Azlan sambil merayu manja.

"Kak apa ni kak? Lepaskan saya kak, nanti kalau Abang Leman balik mati saya kak, tolong kak." Azlan meronta-ronta cuba melepaskan dakapan rakus Saniah. Saniah semakin liar sambil mencium seluruh belakang Azlan dan akhirnya Azlan mengalah dan mengambil kesempatan untuk membaham mangsa. Lagi pun ini adalah pengalaman pertamanya melakukan seks. Sejak episod pertama itu, Azan semakin hari semakin membuak nafsunya untuk melakukan seks dengan Saniah. Saniah pula tidak pernah menolak untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. Dia bagaikan bayar niat sebab sudah bertahun lamanya Leman tak menyentuh tubuhnya.

Atas desakan Azlan, akhirnya Saniah dan Leman bercerai. Leman pun memang suka sebab di sana dah ada yang menanti. Untuk mengelakkan dari diketahui jiran-jiran, Azlan dan Saniah bertemu di tempat lain. Tapi Pak Abu yang dah banyak experience dapat juga menghidu perbuatan anaknya itu. Dia menyuruh Azlan mengahwini Saniah supaya tidak lagi terus-menerus melakukan dosa.

"Siapa yang nak kahwin dengan janda tua tu abah? Dia yang nak sangat, Lan bagi je lah! Lagipun Lan dah jatuh cinta dengan Maznah anak Mak Tom. Abah tolong pinangkan ye." Selamba je mamat ni.

"Astaghfirullah Lan... Kalau macam tu kau hentikan je lah perbuatan kau dengan Saniah tu. Berdosa Lan, nanti abah pinangkan si Maznah, tapi Lan janji jangan jumpa lagi dengan Saniah."

"Ok abah, Lan janji asalkan dapat kahwin dengan Maznah."

Pak Abu pun pergi lah berjumpa dengan Saniah meminta supaya Saniah melupakan Azlan.

"Tidak Pak Abu! Dia dah berjanji untuk menikahi saya tak lama lagi. Saya dah banyak berhabis duit untuk dia sebab saya sayangkan sangat dengan Azlan. Tolong lah Pak Abu...." terisak-isak Saniah menangis.

"Maaf je lah Saniah, Azlan dah mintak aku pinangkan Maznah anak si Tom. Kau lupakan je lah anak aku. Lagi pun, umur kau dengan dia jauh beza. Apa nak jadi dalam masa 10 tahun akan datang? Kau fikirlah baik-baik."

Setelah pernikahan Azlan dan Maznah, dengan hati yang hampa dan penuh duka, Saniah telah berpindah ke sebuah taman perumahan yang baru. Sedang pasangan muda yang baru berumahtangga itu memadu kasih, Saniah bertemankan airmata menahan sebak di hati. Bodohnya dia yang selama ini berfikir dia dapat menguasai hati Azlan dengan teknik dan pengalamannya yang luas di atas ranjang. Dia ingatkan kalau dia sentiasa memuaskan nafsu Azlan, pemuda tu tak akan mahu melepaskannya. Yang dia tak sedar, Azlan hanyalah menggunakan dirinya sebagai tempat untuk menjalani latihan agar boleh menjadi suami perkasa pada malam pertamanya dengan Maznah nanti. Saniah merasakan lebih perit berpisah dengan Azlan daripada bercerai dengan Leman. Walaupun sudah memulakan hidup baru, Saniah masih belum berjaya memikat lelaki yang seusia dengannya. Yang terpikat dengannya semuanya muda-muda belaka.

Dalam hal seperti di atas tadi, apakah benar-benar wujud cinta ikhlas dan sejati di antara seorang wanita yang sudah berumur dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda? Mungkin cuma segelintir sahaja lelaki muda yang berhati mulia yang akan mencintai wanita yang lebih tua darinya. Saya bangga dan tabik spring dengan lelaki-lelaki yang berani dan tidak malu untuk mencintai seikhlas hati wanita yang lebih tua dari mereka. Kerana selain faktor cinta, banyak lagi hal-hal lain yang perlu dititik-beratkan sebelum berkahwin dengan wanita yang lebih tua. Antaranya ialah faktor kesihatan wanita itu sendiri, zuriat - mampukah lagi wanita itu melahirkan zuriat tanpa menanggung risiko kesihatan, jasmani dan lain-lain lagi.

Rasa cinta pasti ada pada mahluk yang bernyawa dan ianya adalah hak milik setiap insan... tua mahupun muda. Renung-renungkan lah ....





1 comment:

jaasanjaasen said...

Casino Finder (2021) - Mapyro
Casino Finder is the home of real casino games. Get 계룡 출장샵 free 서귀포 출장안마 entries to help with your 공주 출장마사지 casino search. 아산 출장안마 Enter a 나비효과 bonus code and choose from 25 free spins!